Wednesday, April 28, 2010

PROGRAM JANGKA MASA PANJANG SECARA KONTRAK SELAMA 5 TAHUN
MELALUI
ENSOFT INVESTMENT (M) SDN.BHD.
(ENSOFT & CO.)

USAHASAMA BERSAMA
SYARIKAT BUKIT MERAH AQUACULTURE BERHAD

FOCUS ON MALAYSIAN GOLD AROWANA INVESTMENT


MELABUR SAMBIL BERAMAL
"Melahirkan Usahawan Bumiputera Yang Berjaya"
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Ikan Kelisa (Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport dan pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Jenis-jenis Arowana

Secara umumnya arowana dapat dibahagikan kepada beberapa jenis utama seperti berikut :


Arowana Asia

Arowana Asia atau nama saintifiknya Scleropages Formosus adalah berasal dari kawasan Asia Tenggara. Asia arowana terutama dari jenis merah dan emas malaysia adalah yang termahal dan diklasifikasikan sebagai ikan air tawar yang tercantik didunia. Arowana Asia biasanya didapati di tasik-tasik yang tenang airnya atau disungai-sungai kecil yang arusnya perlahan atau sederhana. ia disenaraikan sebagai spesis terancam yang memerlukan kebenaran khas atau permit dari CITIES bagi urusniaga diperingkat antarabangsa. Arowana Asia terbahagi kepada beberapa jenis atau keturunan iaitu :

1. Arowana Merah (Red Arowana)
2. Arowana Emas Malaysia (Malayan Bonytongue)
3. Arowana Emas Indonesia (Red Tail Golden (RTG) Arowana)
4. Arowana Hijau/Kuning (Green/Yellow Tail Arowana)
5. Arowana Merah B 1.5 (Red Arowana B 1.5)

Arowana Amerika Selatan

Arowana Amerika Selatan terbahagi kepada beberapa strain atau keturunan iaitu :
1. Arowana Perak ( Silver Arowana)
2. Arowana Hitam ( Black Arowana)
3. Arowana Salji ( Snow Arowana)
4. Arapaima Gigas


Arowana Australia

Arowana Australia terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Arowana Jardini

2. Arowana Leichardi


Arowana Afrika

Arowana Afrika hanya terdapat satu jenis sahaja dan ia juga dikenali sebagai Arowana Afrika sebagaimana nama asal negaranya.

Pengenalan

Sistem pawah atau (profit sharing system) adalah satu sistem yang melibatkan perkongsian antara pengusaha (pihak syarikat Ensoft Investment Sdn.Bhd.) dan pembeli. Dalam sistem pawah arowana, pembeli akan membeli induk dari pengusaha dan induk tersebut akan ditempatkan di dalam kolam milik pengusaha. Seterusnya induk tersebut akan dipelihara oleh pengusaha dan segala kos makanan, penyelenggaraan dan sebagainya akan ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK SYARIKAT. Jadi pembeli hanya perlu mengeluarkan modal sekali sahaja iaitu membayar harga induk ikan. Induk yang berada di dalam kolam milik pengusaha ( pihak syarikat Ensoft Investment Sdn.Bhd ) itu merupakan harta atau aset kepada pembeli. Setiap 2 bulan sekali pihak syarikat akan melakukan proses tuaian (harvest) untuk memastikan ada hasil ataupun tidak dengan memeriksa mulut induk. Sekiranya ada hasil, ia akan dibahagikan sama rata iaitu 50:50 di antara pengusaha dan pembeli setelah anak ikan bersaiz 3 hingga 4 inci.

Klik pada gambar untuk dapat gambaran yang jelas

Semasa proses tuaian, hasil yang diperolehi mungkin bersaiz telur ataupun anak ikan. Telur atau anak ikan yang diperolehi akan ditempatkan dalam bilik 'incubation and nursery' yang lengkap dengan alat serta kelengkapan yang diperlukan. Jangkamasa yang diambil oleh telur untuk menjadi anak ikan yang bersaiz 3 hingga 4 inci adalah lebih kurang 2 bulan.


Klik pada gambar untuk dapat gambaran yang jelas

Konsep Sistem Pawah

Pembeli akan membeli induk ikan arowana dari syarikat dan ditempatkan di dalam sebuah kolam milik syarikat. Setiap kolam akan ditandakan dengan nombor dan setiap induk mempunyai chip bernombor di dalam badan untuk mengelakkan ikan daripada hilang. Induk tersebut akan dipelihara oleh pihak syarikat itu sendiri dan segala kos makanan dan lain-lain akan ditanggung oleh syarikat. Pembeli hanya menunggu hasil yang akan diperolehi daripada induk-induk yang dipelihara.

Klik pada gambar untuk dapat gambaran yang jelas

Semasa proses tuaian, pihak syarikat Ensoft Investment Sdn.Bhd akan membuat pengiraan hasil. Hasil tuaian akan dibahagi sama rata iaitu 50:50 antara pembeli dan pihak syarikat. Telur atau anak ikan yang dituai akan dipelihara dahulu oleh pihak syarikat sehingga anak ikan mencapai saiz 3 hingga 4 inci. Kemudian anak ikan akan dijual dan hasil jualan akan diberikan terus kepada pembeli. Urusan jualan akan diuruskan sendiri oleh pihak syarikat, jadi pembeli tidak perlu risau mengenai urusan jualan anak ikan. Harga anak ikan ditetapkan oleh pihak syarikat mengikut harga semasa anak ikan di pasaran.


Klik pada gambar untuk dapat gambaran yang jelas

Malaysian Gold = RM 256 000

Super Red = RM 160 000

Highback = RM 104 000

Banjar Red = RM 45 000

ENSOFT INVESTMENT (M) SDN.BHD kini berurusan dengan pihak penternak yang sudah pun BERJAYA dalam perniagaan ini sepanjang tempoh 4 tahun yang lalu. Pasaran Arowana kini bernilai hampir RM 3.6 Billion setiap tahun diseluruh dunia. Hasil-hasil ternakan akan dijual kepada pemborong ( sudah ada dan tidak perlu risau ) dan seterusnya dijual eksport ke Jepun, China, Korea Selatan, Taiwan, Eropah dan Amerika Syarikat.

Pihak kami ENSOFT INVESTMENT (M) SDN.BHD terkini berusaha untuk memenuhi kolam yang tersedia sebanyak 20 buah kolam ternakan yang bernilai RM 5,120,000 atau RM 5.12 Juta. Pihak usahasama kami sudah pun mempunyai kolam yang bersedia untuk ternakan arowana, lengkap dengan kelengkapan moden dan canggih serta pekerja-pekerja yang berpengalaman serta pakar ternakan Arowana.

Yang kami tunggu adalah anda semua pelabur terhormat kami untuk melabur dan seterusnya mendapat pulangan yang lumayan.

NILAIAN PERLABURAN PREMIUM (1 PAKEJ) ANJURAN :

SYARIKAT ENSOFT INVESTMENT (M) SDN.BHD.

MALAYSIAN GOLD AROWANA : RM 256,000

Modal ( 1 pakej kolam ) = RM 256,000

Contoh perlaburan : Peratusan Pakej Perlaburan

Osman Laijani = RM 20,000 7.80%

Muhamad Hussein Abdul Aziz = RM 45,000 17.57%

Hajah Fatimah Zahra = RM 35,000 13.67%

Tan Siew Lau = RM 50,000 19.53%

Lee Shi Meng = RM 88,000 31.25%

Haji Mohd Kamaruddin Mohd Nizamuddin = RM 18,000 7.03%

Pulangan Keuntungan akan diberikan oleh pihak syarikat Ensoft Investment Sdn.Bhd kepada pelabur setahun sekali selama 5 tahun mengikut peratusan pelaburan masing-masing seperti yang dicatatkan di atas.




PULANGAN BAGI PERLABURAN PAKEJ PREMIUM RM 256,000

TAHUN PERTAMA = RM 30,000 - RM 32,000

TAHUN KEDUA = RM 65,000 - RM 67,000

TAHUN KETIGA = RM 90,000 - RM 92,000

TAHUN KEEMPAT = RM 111,000 -RM 114,000

TAHUN KELIMA = RM 140,000

JUMLAH BESAR = RM 436,000

PULANGAN - MODAL = KEUNTUNGAN BERSIH

RM 436,000 - RM 256,000 = RM 180,000


CARA PEMBAYARAN BALIK KEPADA PELABUR-PELABUR KECIL.

(TERUS DIBAYAR KE AKAUN PERIBADI BANK PELABUR)

Contoh nilai pembayaran mengikut tahun dan peratus perlaburan :






Klik pada gambar untuk dapat gambaran yang jelas

Klik pada gambar untuk dapat gambaran yang jelas


: : Pengikut : :